Sunday, December 21, 2008

Janji Hudud PAS!

Waduh, waduh sebentar tadi hamba dilihatkan sedikit sedutan forum di Kota Bharu yang meletakkan diantaranya KJ dari Pemuda UMNO dan orang kuat PAS Husam Musa sebagai anggota panel.

KJ meminta Husam membuat pengakuan tentang kisah Hudud dan Qisas sekiranya PAS memerintah. Dengan pantas tanpa ragu Husam mengesahkan bahawa sekiranya PAS memerintah Hudud dan Qisas akan dilaksanakan. Husam malah menyarankan supaya KJ juga membawa bab Hudud dan Qisas ini ke Persidangan Agung UMNO yang bakal diadakan. Katanya sebagai Muslim, semua "kita" wajib membawa perkara ini sebagai sebuah perjuangan.

Ambooooiii, ikut sedapje orang kuat PAS ni bercakap. Bunyi nya seolah-olah Hudud dan Qisas ini perlu dijaja sebagai produk wajib bagi mengesahkan kesahihan perjuangan. Samaada produk itu kemudiannya sahih atau tidak, itu bukan lagi isu. Janji jaja, sebab ia wajib di jaja.

Kita masih ingat lagi Enakmen Hudud Kelantan satu masa dahulu. Mana dia?? Sampai la ni senyap dan disenyapkan setelah kecacatannya di bongkar oleh Tun Dr.M, Perdana Menteri ketika itu. Hari ini PAS dan kawan-kawan DAP dan PKR dah kuasai 5 Negeri. mana dia usaha untuk melaksanakan Hudud dan Qisas? Yang jelas, ramai dok tengok PAS makin "lupa" pada produk wajibnya itu. Betul lah kata KJ sewaktu menekankan bab Hudud tersebut dan meminta penjelasan Husam. Terima kasih KJ kerana anda telah mengingatkan PAS kepada produk wajibnya, dalam pada ia sedang terleka dengan "Harapan Baru" yang sedang dijaja oleh PKR dan "Malaysian Malaysia" DAP. Allahu Akbar!

No comments: