Sunday, December 21, 2008

Janji Hudud PAS!

Waduh, waduh sebentar tadi hamba dilihatkan sedikit sedutan forum di Kota Bharu yang meletakkan diantaranya KJ dari Pemuda UMNO dan orang kuat PAS Husam Musa sebagai anggota panel.

KJ meminta Husam membuat pengakuan tentang kisah Hudud dan Qisas sekiranya PAS memerintah. Dengan pantas tanpa ragu Husam mengesahkan bahawa sekiranya PAS memerintah Hudud dan Qisas akan dilaksanakan. Husam malah menyarankan supaya KJ juga membawa bab Hudud dan Qisas ini ke Persidangan Agung UMNO yang bakal diadakan. Katanya sebagai Muslim, semua "kita" wajib membawa perkara ini sebagai sebuah perjuangan.

Ambooooiii, ikut sedapje orang kuat PAS ni bercakap. Bunyi nya seolah-olah Hudud dan Qisas ini perlu dijaja sebagai produk wajib bagi mengesahkan kesahihan perjuangan. Samaada produk itu kemudiannya sahih atau tidak, itu bukan lagi isu. Janji jaja, sebab ia wajib di jaja.

Kita masih ingat lagi Enakmen Hudud Kelantan satu masa dahulu. Mana dia?? Sampai la ni senyap dan disenyapkan setelah kecacatannya di bongkar oleh Tun Dr.M, Perdana Menteri ketika itu. Hari ini PAS dan kawan-kawan DAP dan PKR dah kuasai 5 Negeri. mana dia usaha untuk melaksanakan Hudud dan Qisas? Yang jelas, ramai dok tengok PAS makin "lupa" pada produk wajibnya itu. Betul lah kata KJ sewaktu menekankan bab Hudud tersebut dan meminta penjelasan Husam. Terima kasih KJ kerana anda telah mengingatkan PAS kepada produk wajibnya, dalam pada ia sedang terleka dengan "Harapan Baru" yang sedang dijaja oleh PKR dan "Malaysian Malaysia" DAP. Allahu Akbar!

Tuesday, December 16, 2008

Semakin pudar

KEGAGALAN 16 sept 08 memberikan berbagai interpretasi dan membuktikan banyak perkara yang selama ini samar. Namun bertepatan dengan slogan "Harapan Baru", DSAI sentiasa memikirkan sesuatu untuk mengumpan semangat dan membina harapan. Kali ini 'projek convert Sarawak' dijadikan umpanan semangat setelah 'projek convert Sabah' gagal sepenuhnya.

Apa nak jadi dengan kita ini semua? DSAI dah tentu lah sibuk memancing sokongan dan menawarkan harapan agar beliau tidak kesunyian mengharungi bicara kes di Mahkamah lepas satu kes ke satu kes. Masa'alah yang DSAI hadapi di Mahkamah itu pula adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan tiada kena mengena langsung dengan kita, iaitu kes dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya oleh bekas pembantu peribadi beliau sendiri. Dalam kesibukan mempertahankan diri di Mahkamah, sempat juga lah DSAI dengan bantuan kita semua menjalani cita-cita politik beliau dan sempat jugalah meletakkan anakandanya Nurul Izzah ke kerusi Yang Berhurmat dan Adinda Isteri sebagai Ybhg Puan Presiden.

Semakin hari semakin jelas nampaknya yang kita semua nak ditaburkan dengan umpan untuk terus mendokongi kehidupan DSAI and famili. Kehidupan kita macam mana? Mahligai DSAI tesergam indah, kereta mewah sentiasa ada, lumayan pak! Masa'alah peribadi diselang seli dengan gimik politik, kita juga yang diharapkan menjadi teman agar tak kesunyian. Untuk itu kita di gula-gula dengan "Harapan Baru", sedang DSAI terus menjalani liku-liku kehidupannya yang penuh kepalsuan.

Wahai saudara ku semua, cukup lah kita menjadi duri dalam daging. Sebagai rakyat Malaysia tercinta, elok lah kita melepaskan DSAI dan famili nya buat sementara waktu ini. Biarlah DSAI selesaikan pembuktian ketidak bersalahnya di Mahkamah.

PRU 12 sudah selesai, parlimen sudah terbentuk dan kerajaan juga sudah di tubuh. Biarkanlah mereka-mereka yang telah diamanahkan atas apa tiket sekalipun menjalankan tanggungjawab masing-masing sejajar dengan proses demokrasi. Yang memerintah dan yang duduk dikerusi pembangkang ada peranan masing-masing. Laksanakan kerja dan amanah untuk Negara bukan untuk diri, puak atau kumpulan. Semua baik pemerintah atau pembangkang adalah demi Negara, bukan parti masing-masing atau puak masing mahupun idola masing-masing.

Kepada DSAI, jangan lah bersandiwara lagi. Hadapilah isu peribadi anda mengikut lunas undang-undang. Tak perlu takut menghadapi mahkamah sehingga menuduh yang bukan-bukan atas dakwaan yang dikemukakan kepada diri anda. "Berani kerana benar,Takut kerana salah", dan sebagai hamba Allah, kita tentu percaya kepada Qada dan Qadar Allah yang maha penentu! Biarkan kami rakyat marhaen ini menjadi rakyat yang taat dan setia serta tidak menyusahkan pemerintah selama ianya telah kita berikan amanah untuk memerintah.

Sebagi rakyat, kami maseh berkuasa untuk menilai dan membuat pilihan lagi apabila tiba masa untuk pemerintah menyerahkan kuasa tersebut sekali lagi sepertimana setiap 5 tahun iaitu pada PRU 13 untuk kita membuat penghakiman.

Sementara itu, jangan kacau kami.

Friday, May 2, 2008

Masih Hitam

Semalam Parlimen baru memulakan Sidang.

Sebelum itu Barisan Nasional berjaya melalui ujian pertama apabila undian memilih Timbalan Speaker dijalankan. Apa yang berlaku jelas menunjukkan apa yang di canangkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim jauh meleset. Sebaliknya Barisan Nasional pula yang membuktikan ia berjaya mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat. Ini terbukti apabila 17 ahli parlimen Pakatan rakyat mengundi menyokong calon Barisan Nasional untuk jawatan Timbalan Speaker!

Apa yang di canangkan pada Black 14 hanya propaganda dan cakap politik seorang politikus yang bercita-cita besar! Angan-angan belum menjadi! Apa lagi cara yang akan digunakan oleh politikus ini untuk mencapai cita-citanya, kita lihat dan saksikan seterusnya. Teruskan mengira hari!

Tuesday, April 15, 2008

"black 14"

Malam tadi telah diraikan malam "black 14" bagi mengingati hari bersejarah kemenangan rakyat.

Dato Seri Anwar Ibrahim "Leader in Waiting" telah mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup sokongan untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Cuma tidak perlu tergesa-gesa mengambil alih dan akan bertindak hanya selepas mengesahkan majoriti yang lebih selesa.

Marilah kita buat "countdown" untuk saat-saat penabalan "leader-in-waiting" sebagai pemimpin baru Negara Malaysia baru.

Apakah rupa bentuk Negara baru itu nanti? Sama-sama lah kita cuba bayangkan atau apakah yang boleh kita idamkan? Marilah kita cuba gambarkan.....