Thursday, January 15, 2009

Apa sebenarnya maksud Karpal Singh!

Akhbar hari ini seronok dengan tajuk;
"DAP undur diri jika PR amal hudud:Karpal". Menurut berita, Karpal kecewa dengan Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa PKR sokong PAS dan berhasrat melaksanakan hudud sekiranya PR berjaya mendudukki tahkta kerajaan Malaysia!

Karpal Singh, sepertimana Anwar Ibrahim sebanarnya sedang memainkan peranannya untuk mengusik emosi dan sentimen orang melayu. Ini dilakukan sebagai sebahagian strategi untuk PRK Kuala Terengganu.

Dia cakap macam tu supaya orang melayu marah.

Dia cakap macam tu supaya tonjolkan seolah-olah PAS adalah satu-satunya pembela Islam.

Dia cakap macam tu supaya membuktikan bahawa PKR pun setuju dengan PAS yang sedang diganyang oleh UMNO kerana cuba menegakkan Islam.

Dia cakap macam tu supaya orang benci pada UMNO kerana UMNO serang PAS. Jadi UMNO pun sama macam DAP, serang Islam.

Oleh itu semua orang pakat bantu PAS demi jihad untuk menegakkan Islam.

Jadi PAS dapat undi simpati untuk tambah sikit sebanyak agar menang di KT.

Jadi yang kena main ialah orang melayu yang senang di pecah-pecahkan dan diperbodohkan kerana ketaksubannya kepada sentimen tanpa sedar.

Jadi yang kena zalim ialah pejuang tulen seperti UMNO yang bekerja keras untuk mempertahankan kuasa yang diperlukannya untuk meneruskan pejuangan bangsa dan agamanya.

Yang jahat ialah PAS kerana sanggup menggunakan “musuh Islam” demi menjatuhkan dan menggagalkan usaha saudara Islamnya dalam pekerjaannya.

UMNO guna kuasa untuk bangsa dan agama, PAS guna Agama untuk mendapatkan kuasa.

Yang rugi-orang melayu, yang kalah-Islam.

Yang untung musuh bangsa dan musuh agama!

Dengan itu wahai saudara-saudaraku, bulatkan tekad dan kuatkan iman, sokong dan dokonglah UMNO. Jangan terpedaya sandiwara PKR,Anwar Ibrahim, PAS dan DAP yang semuanya guna mengguna satu sama lain.

Dia orang ingat akhirnya dia dapat melepasi sesama sendiri. Sekarang berpakat esok bersakat!!!

Dalam senario politik sekarang, orang melayu sudah menampakkan bahawa mereka tidak lah segagah mana didalam penguasaan politiki tanahair. Hasrat DAP untuk "Malaysian Malaysia" telah disekat selama ini kerana kekukuhan politik melayu diketuai UMNO dan keutuhan kuasa melayu tidak dapat digoyang selagi UMNO kuat. Ramai musuh Negara juga sebenarnya melihat bahawa Malaysia kekal aman, sejahtera, damai dan makmur kerana politiknya stabil. Kestabilan ini adalah sebahagian besarnya kerana orang melayu yang merupakan majoriti rakyat, mendokong UMNO sebagai parti unggul. Selagi majoriti orang melayu bersatu dibawah UMNO, selagi itulah kuasa politik UMNO tidak boleh digugat! Selagi kuasa UMNO tidak digugat, selagi itulah tiada upaya politik Malaysia boleh diganggu-gugat!

Seperti dibuktikan pada PRU ke 12 apabila segelintir orang melayu diterajui oleh Anwar Ibrahim sanggup meyakinkan PAS dan DAP untuk bersekongkol kerana hanya itulah jalan yang boleh mengalahkan UMNO, maka wujudlah Pakatan DAP+PAS+PKR.

Jika UMNO berjaya digagalkan barulah segala agenda sama-ada untuk Islam yang dihasrat oleh PAS mengikut acuannya, akan boleh dicapai, mahupun agenda "Malaysian Malaysia" yang diinginkan DAP mampu dilaksana! Pokoknya UMNO perlu di rudum dan untuk itu, PAS perlu bekerjasama dengan DAP walaupun tidak sefahaman. Maka Nik Aziz pun pernah berkata "PAS sanggup bekerja dengan Syaitan asalkan UMNO dapat ditumbangkan!"

Jadi saudara-saudaraku, janganlah seronok dengan "percakaran berkenaan hudud" yang kononnya sedang berlaku diantara PAS dan DAP dan PKR. Sebenarnya ini ada lah taktik terbaru untuk bantu-membantu sesama mereka tanpa peduli walau apapun harganya kerana tujuan bersama ialah UMNO mesti ditumbangkan! Antara kita, kita cerita belakang, macam penyamun, kita samun dulu, belakang kita kongsi!.

Sudah jelas lagi bersuluh, kalau orang melayu ingin kekal menerajui Malaysia, maka tiada pilihan lain, tetapi, PAS perlu berhenti menyalahguna Islam dan berhenti bersekongkol dengan musuh Islam hanya semata-mata untuk keuntungan politik. Itupun sebenarnya hanya khayalan kerana selepas keutuhan melayu berjaya dipecah, dilemah, dan juara melayu, ditumbangkan, adakah PAS fikir dia akan menggantikan tunjang melayu itu dan memimpin Malaysia? Silap besar!!

Melayu tidak lagi akan bersatu, tidak lagi akan kuat, tidak lagi berkuasa untuk menguasai, maka kita akan diperkotak-katikkan dan Islam pun akan gagal!

Maka pada masa itu, PAS akan sedar bahawa selama ini dialah sebenarnya yang menggagalkan Islam diTanah Melayu ini! Sesungguhnya Allah mengeji dan melarang orang Islam bersekongkol dengan musuh Islam untuk memusuhi sesama Islam. Insaf lah wahai saudara-saudaraku!

No comments: