Tuesday, December 16, 2008

Semakin pudar

KEGAGALAN 16 sept 08 memberikan berbagai interpretasi dan membuktikan banyak perkara yang selama ini samar. Namun bertepatan dengan slogan "Harapan Baru", DSAI sentiasa memikirkan sesuatu untuk mengumpan semangat dan membina harapan. Kali ini 'projek convert Sarawak' dijadikan umpanan semangat setelah 'projek convert Sabah' gagal sepenuhnya.

Apa nak jadi dengan kita ini semua? DSAI dah tentu lah sibuk memancing sokongan dan menawarkan harapan agar beliau tidak kesunyian mengharungi bicara kes di Mahkamah lepas satu kes ke satu kes. Masa'alah yang DSAI hadapi di Mahkamah itu pula adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan tiada kena mengena langsung dengan kita, iaitu kes dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya oleh bekas pembantu peribadi beliau sendiri. Dalam kesibukan mempertahankan diri di Mahkamah, sempat juga lah DSAI dengan bantuan kita semua menjalani cita-cita politik beliau dan sempat jugalah meletakkan anakandanya Nurul Izzah ke kerusi Yang Berhurmat dan Adinda Isteri sebagai Ybhg Puan Presiden.

Semakin hari semakin jelas nampaknya yang kita semua nak ditaburkan dengan umpan untuk terus mendokongi kehidupan DSAI and famili. Kehidupan kita macam mana? Mahligai DSAI tesergam indah, kereta mewah sentiasa ada, lumayan pak! Masa'alah peribadi diselang seli dengan gimik politik, kita juga yang diharapkan menjadi teman agar tak kesunyian. Untuk itu kita di gula-gula dengan "Harapan Baru", sedang DSAI terus menjalani liku-liku kehidupannya yang penuh kepalsuan.

Wahai saudara ku semua, cukup lah kita menjadi duri dalam daging. Sebagai rakyat Malaysia tercinta, elok lah kita melepaskan DSAI dan famili nya buat sementara waktu ini. Biarlah DSAI selesaikan pembuktian ketidak bersalahnya di Mahkamah.

PRU 12 sudah selesai, parlimen sudah terbentuk dan kerajaan juga sudah di tubuh. Biarkanlah mereka-mereka yang telah diamanahkan atas apa tiket sekalipun menjalankan tanggungjawab masing-masing sejajar dengan proses demokrasi. Yang memerintah dan yang duduk dikerusi pembangkang ada peranan masing-masing. Laksanakan kerja dan amanah untuk Negara bukan untuk diri, puak atau kumpulan. Semua baik pemerintah atau pembangkang adalah demi Negara, bukan parti masing-masing atau puak masing mahupun idola masing-masing.

Kepada DSAI, jangan lah bersandiwara lagi. Hadapilah isu peribadi anda mengikut lunas undang-undang. Tak perlu takut menghadapi mahkamah sehingga menuduh yang bukan-bukan atas dakwaan yang dikemukakan kepada diri anda. "Berani kerana benar,Takut kerana salah", dan sebagai hamba Allah, kita tentu percaya kepada Qada dan Qadar Allah yang maha penentu! Biarkan kami rakyat marhaen ini menjadi rakyat yang taat dan setia serta tidak menyusahkan pemerintah selama ianya telah kita berikan amanah untuk memerintah.

Sebagi rakyat, kami maseh berkuasa untuk menilai dan membuat pilihan lagi apabila tiba masa untuk pemerintah menyerahkan kuasa tersebut sekali lagi sepertimana setiap 5 tahun iaitu pada PRU 13 untuk kita membuat penghakiman.

Sementara itu, jangan kacau kami.

No comments: